Bicara Ramadhan : 11 Ramadhan 1431
Dato’ Dr Us Siddiq Fadhil
Dewan Besar, Kolej Dar Hikmah
1) RAMADHAN SEBAGAI SEBUAH SEKOLAH/MADRASAH
Us. Siddiq memulakan bicara dengan menamakan ramadhan sebagai sebuah sekolah - Madrasah Ramadhan. Satu persekolahan yang intensif.
Pendidikan dalam madrasah (sekolah) ini adalah mujahadah. Merupakan pendidikan bagi meningkatkan daya lawan dan daya juang. Melawan keinginan dan kebiasaan.
Melawan kebiasaan bermakna segalanya berubah. Masa tidur, masa bangun tidur, masa makan, apa yang dimakan….semuanya berubah. Ini menunjukkan kepada diri sendiri…bahawa kita mampu berubah jika ada kemahuan.
2) PEMBINAAN GENERASI YANG TANGGUH (TOUGH GENERATION)
Dato’ Us., menarik perhatian dengan bertanya apakah beza antara JIHAD dan MUJAHADAH.
Menurut beliau Jihad lebih merujuk kepada melawan dan mengempur musuh di medan.
Istilah Mujahadah - merujuk kepada perlawanan yang berterusan dan berulang2. Melibatkan perlawanan sepanjang masa tanpa henti. Tiada istilah cuti dalam bermujahadah. Ini kerana musuh utama dalam bermujahadah adalah Hawa Nafsu yang bias bangkit semula walaupun sudah ‘dipenggal’. Ini berbeza dengan Jihad. Musush yang dipenggal kepalanya tidak bisa bangun semula.
Contoh :-
Sy Ali yang sanggup tidur dikatil Nabi (dalam peristiwa hijrah) walaupun tahu penghuni katil itu mungkin dihujani dengan tombak dan mata pedang. Orang yang dikuasai nafsu tak mungkin dapat melakukannya. Nafsu membuatkan orang menjadi pengecut. Sebaliknya… Sy Ali pernah mengatakan itulah (malam tidur di katil Nabi, dalam keadaan tahu ramai yang datang untuk membunuh Nabi) malam yang paling damai sepanjang hayatnya.
Khalid Al Walid – malam yang paling damai adalah malam sebelum mengempur musuh pada keesokannya.
Asma’ abu bakar – wanita yang sarat mengandung 7 bulan diberi tugas besar menghantar bekalan kepada Nabi dengan berjalan sejauh 7 km setiap hari semasa Nabi bersembunyi di gua Thur. Dia melakukan itu dalam keadaan operasi besar2an kaum Quraisy mahu membunuh Nabi. Orang yang berkerjasama ‘melindungi’ Nabi mungkin sahaja tertangkap dan dihukum. Tetapi wanita ini yang telah terdidik sempurna dapat menghadapi dan melakukan dengan baik. Wanita yang cukup “tough”.
Tetapi Dato’ Us mengingatkan supaya tokoh wanita tidak dipanggil dengan gelaran SRIKANDI. Ini kerana ‘srikandi’ adalah nama seorang dewa hindu. (Srikandi dalam Mahabharata : Di kehidupan sebelumnya, Srikandi terlahir sebagai wanita bernama Amba, yang ditolak oleh Bisma untuk menikah. Karena merasa terhina dan ingin membalas dendam, Amba berdoa dengan keinginan untuk menjadi penyebab kematian Bisma. Keinginannya terpenuhi sehingga akhirnya Amba bereinkarnasi menjadi Srikandi…….